Thursday, 7 September 2023

Boleh Makan dan Minum Selepas Wuduk

Memang boleh rupanya makan dan minum selepas wuduk. Saya ingat selama ni batal dan kena ambil semula air wuduk. Mudah sungguh ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.


Adakah sah wudhu kalau makan atau minum sebelum solat?


Sah. Ini kerana makan dan minum bukanlah perkara yang membatalkan wudhu. Kecuali dibimbangi sisa-sisa makanan terlekat pada gigi yang mungkin akan tertelan ketika solat. Justeru boleh membatalkan solat mengikut pendapat yang masyhur. Kami nasihatkan agar jangan makan sebelum solat kecuali hendaklah berkumur dahulu.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita. Amiin.

Sumber: muftiwp


No comments:

Post a Comment