Thursday, 14 September 2023

100 Perintah Allah Pada Manusia Yang Tercatat Didalam Al-Quran



 100 Perintah Allah Pada Manusia Yang Tercatat Didalam Al-Quran


1. Jangan berkata kasar. (QS 3 – Ali Imran : 159)

2. Tahanlah marah. (QS 3 – Ali Imran : 134)

3. Berbaiklah kepada orang lain. (QS 4 – An Nisaa’ : 36)

4. Jangan sombong dan bongkak. (QS 7 – Al A’raaf : 13)

5. Maafkanlah kesalahan orang lain. (QS 7 – Al A’raaf : 199)

6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan. (QS 20 – Thaahaa : 44)

7. Rendahkanlah suaramu. (QS 31 - Luqman : 19)

8. Jangan mengejek orang lain. (QS 49 – Al Hujuraat : 11)

9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa). QS 17 – Al Israa’ : 23)

10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa). (QS 17 – Al Israa’ : 23)

11. Jangan memasuki kamar peribadi ibu bapa tanpa izin. (QS 24 – An Nuur : 58)

12. Catatlah hutang-hutangmu. (QS 2 – Al Baqarah : 282)

13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta. (QS 2 – Al Baqarah : 170)

14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan. (QS 2 – Al Baqarah : 280)

15. Jangan makan riba’/membungakan wang (QS 2 – Al Baqarah : 1)

16. Jangan melakukan rasuah (QS 2 – Al Baqarah : 188)

17. Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)

18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)

19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)

20. Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)

21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)

22. Harta yang meninggal harus dibahagikan kepada anggota keluarga (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

23. Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

24. Jangan memakan harta anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)

25. Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)

26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya (QS 4 – An Nisaa’ : 29)

27. Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)

28. Hindari prasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

29. Jangan memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283)

30. Jangan memfitnah orang (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial (QS 57 – Al Hadid : 7)

32. Biasakan memberi makan orang miskin (QS 107 – Al Maa’uun : 3)

33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)

34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)

35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)

36. Hormatilah tamu anda (QS51AdzDzaariyaat26)

37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)

38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)

39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)

40. Perangilah mereka yang memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)

41. Jagalah etika perang (QS 2 – Al Baqarah : 191)

42. Jangan lari dari peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)

43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)

44. Berimanlah kepada para Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)

45. Jangan melakukan hubungan intim di saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)

46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)

47. Jauhilah hubungan intim di luar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)

48. Pilihlah pemimpin yg pantas. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya 

(QS 2 – Al Baqarah : 247)

49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)

50. Jangan mahu dipecah belah (QS 3 – Ali Imran : 103)

51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini 

(QS 3 – Ali Imran 3 :191)

52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya 

(QS 3 – Ali Imran : 195)

53.  kan oleh seorang lelaki 

(QS 4 – An Nisaa’ : 34)

55. Jangan pelit kedekut  - tidak suka memberi sedekah 

(QS 4 – An Nisaa’ : 37)

56. Jangan iri hati 

(QS 4 – An Nisaa’ : 54)

57. Jangan saling membunuh 

(QS 4 – An Nisaa’ : 92)

58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan 

(QS 4 – An Nisaa’ : 105)

59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan 

(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

60. Bekerja samalah dalam kebenaran 

(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran 

(QS 6 – Al An’aam : 116)

62. Berlaku adil 

(QS 5 – Al Maa-idah:8)

63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan 

(QS 5 – Al Maa-idah : 38)

64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum 

(QS 5 – Al Maa-idah : 63)

65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi 

(QS 5 – Al Maa-idah : 3)

66. Hindari minum racun dan alkohol 

(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

67. Jangan berjudi 

(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain 

(QS 6 – Al An’aam : 108)

69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu 

(QS 6 – Al An’aam : 152)

70. Makan dan minumlah secukupnya 

(QS 7 – Al A’raaf : 31)

71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat sholat 

(QS 7 – Al A’raaf : 31)

72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan 

(QS 9 – At Taubah:6)

73. Jagalah kemurnian 

(QS 9 – At Taubah : 108)

74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah 

(QS 12 – Yusuf : 87)

75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kebodohannya 

(QS 16 – An Nahl : 119)

76. Berserulah/ajaklah  kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana 

(QS 16 – An Nahl : 125)

77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain 

(QS 17 – Al Israa’ : 15)

78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan 

(QS 17 – Al Israa’ : 31)

79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya 

(QS 17 – Al Israa’ : 36)

80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat 

(QS23–Al Mu’minuun:3)

81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah 

(QS 24 – An Nuur : 27)

82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah 

(QS 24 – An Nuur : 55)

83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati 

(QS 25 – Al Furqaan : 63)

84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan 

(QS 28–Al Qashash : 77)

85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah 

(QS 28 – Al Qashash:88)

86. Jangan terlibat dalam Homosexual LGBT 

(QS29–Al ‘Ankabuut : 29)

87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan mungkar 

(QS 31 - Luqman : 17)

88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong 

(QS 31 - Luqman : 18)

89. Wanita dilarang mempamerkan diri 

(QS 33 – Al Ahzab : 33)

90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita 

(QS 39 – Az Zumar : 53)

91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah 

(QS 39 – Az Zumar : 53)

92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan 

(QS 41 – Fushshilat : 34)

93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah 

(QS 42–Asy Syuura : 38)

94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa 

(QS 49 – Al Hujuraat : 13)

95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam) 

(QS 57 – Al Hadid : 27) 

96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu 

(QS58–Al Mujaadilah11)

97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil 

(QS60-Al Mumtahanah: 

98. Hindari diri dari sifat kikir 

(QS64–AtTaghaabun:16)

99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang 

(QS73–AlMuzzammil;20)

100. Jangan mengherdik orang yang meminta-minta 

(QS 93–Adh Dhuhaa: 10).




Semoga bermanfaat.

Thursday, 7 September 2023

Boleh Makan dan Minum Selepas Wuduk

Memang boleh rupanya makan dan minum selepas wuduk. Saya ingat selama ni batal dan kena ambil semula air wuduk. Mudah sungguh ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.


Adakah sah wudhu kalau makan atau minum sebelum solat?


Sah. Ini kerana makan dan minum bukanlah perkara yang membatalkan wudhu. Kecuali dibimbangi sisa-sisa makanan terlekat pada gigi yang mungkin akan tertelan ketika solat. Justeru boleh membatalkan solat mengikut pendapat yang masyhur. Kami nasihatkan agar jangan makan sebelum solat kecuali hendaklah berkumur dahulu.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita. Amiin.

Sumber: muftiwp